Profil Kampung

MAKLUMAT :

Nama Kampung Kampung Rantau Panjang
Alamat Rantau Panjang, 42100 Klang, Selangor Darul Ehsan
Keluasan 1800 ekar
Pengerusi JKKKP Tuan Haji Mohd Khairuddin Bin Sumarnak
Negeri Selangor Darul Ehsan
Daerah Klang
Mukim Rantau Panjang
Parlimen Kapar
Ahli Parlimen YB Manivanan Gowin
Dun Sungai Pinang
Ahli Dun YB Dato Teng Chang Kim
Majlis Perbandaran Majlis Perbandaran Klang (MPK)

SEJARAH :

  • Mengikut sejarah, Kampung Rantau Panjang telah dibuka pada tahun 1890. Nama ‘Rantau Panjang’ berasal dari kisah perantauan 4 suku kaum yang merantau dari kepulauan seberang, iaitu :-
    • Palembang
    • Bilah
    • Banjar
    • Jawa
  • Berbekalkan semangat yang kental, 4 kaum tersebut telaj berusaha gigih meneroka dan membuka kebun-kebun baru yang akhirnya membesar dan membangun menjadi salah sebuah kampung tradisional yang terdapat di Bandar Diraja Klang.
  • Sehingga ke hari ini, nama Kg Rantau Panjang masih menjadi tumpuan masyarakat luar dan menjadi salah sebuah kampung yang maju dari segi pembangunan infrastruktur termasuk pembinaan Lebuhraya Selat Klang Utara (Grand Sepadu) berdasarkan kedudukannya yang begitu strategik di antara Pelabuhan Klang Utara dan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).
  • Bermula dengan penduduk sebanyak 100 orang, kini Kampung Rantau Panjang telah dihuni lebih kurang 10,000 orang penduduk sama ada pemastautin tetap atau hasil penghijrahan daripad daerah-daerah lain.

 

KEPIMPINAN :

Nama Tahun Bertugas
Hj Salleh Bin Sapei 1923 hingga 1930
Hj Abdullah Umar Bin Mario 1931 hingga 1945
Ramli Bin Sarmin 1946 hingga 1969
Hj Othman Bin Hj Md Taib 1970 hingga 1990
Hj Mohd Yussop Bin Hj Omar 1991 hingga 2003
Hj Mohd Khairuddin Bin Sumarnak 2003 hingga 2008 (Kekal sebagai Pengerusi JKKKP sehingga sekarang)
Hj Mohd Salleh Bin Abd Hamid 2008 hingga 2014
Hj Khalid Bin Kaab 2015 hingga KINI

 

PETA LOKASI

peta lokasi

PELAN SUSUN ATUR KAMPUNG

pelan-susun-atur-e1492787528922.png

LOGO & SLOGAN KAMPUNG

“KAMPUNG CERIA MASYARAKAT BAHAGIA”

LOGO

Logo kampung mempamerkan warna kuning bulan sabit yang melambangkan kedudukan kampung di dalam Negeri Selangor dibawah pemerintahan DYMM Sultan Selangor, sebuah kampung majoriti penduduk Islam.

Kampung yang mempunyai semua keperluan asas termasuk pusat pembelajaran seperti sekolah, pusat kemahiran teknikal melambangkan kejayaaan hidup yang dikecapi oleh penduduk kampung dalam Negeri Selangor yang terdiri daripada  3 kaum majoriti digambarkan dengan warna merah yang bererti cergas dan cemerlang di atas segi tiga iaitu lambang majoriti kaum yang terdapat di Malaysia yang hidup dalam keadaan harmoni dan saling bantu membantu antara satu sama lain.

Warna hijau muda melambangkan wawasan pemimpin negara ke arah negara pertanian yang berjaya dan merupakan sektor penting di dalam industri yang terdapat di dalam kampung ini.

 

DEMOGRAFI PENDUDUK

BIL. PERKARA MAKLUMAT
1 Jumlah Penduduk  11,455  orang
2 Jumlah Keluarga    2,850  buah
3 Bilangan Penduduk Lelaki    5,714  orang
4 Bilangan Penduduk Wanita    5,741  orang
5 Kaum
Melayu Lelaki :

5574 orang

Wanita :

5618 orang

Cina Lelaki :

25 orang

Wanita :

32 orang

India Lelaki :

20 orang

Wanita :

25 orang

Kadazan Lelaki :

5 orang

Wanita :

6 orang

Lain-lain Lelaki :

90 orang

Wanita :

60 orang

 

KEMUDAHAN KAMPUNG

KEMUDAHAN 2kemudahan.png

Sumber : iDesa

 

PENCAPAIAN KAMPUNG

pencapaian.png

Sumber : iDesa

 

LAGU “RANTAU PANJANG KAMPUNGKU”

lagu

 

Advertisements